Sunday, May 17, 2009

Kemas






Beginilah rupa tempat persemadian Cik Uteh setelah hampir sebulan kembalinya beliau ke rahmatullah . Batu nesan yang ditempah masih belum siap walaupun telah hampir sebulan lebih ditempah . Kelihatan Encik Blogger bersama anak saudara sedang mengemas kedai makcik supaya ianya kekal elok dan boleh digunakan untuk tujuan yang lain .

Thursday, April 2, 2009

Tahlil










Majlis tahlil untuk Cik Uteh telah diadakan selama 3 hari berturut turut dari 30hb Mac-1hb April 2009 . Jemputan adalah terdiri dari saudara mara dan rakan rakan terdekat sahaja .


Tuesday, March 31, 2009

KEPERGIAN YANG TIDAK DILUPAKAN




Cik Uteh disahkan meninggal dunia

Petugas hospital mengeluarkan peralatan perubatan yang dipakai Cik Uteh semasa hayatnya


Pada lebih kurang pukul 12.00 am-12.25am hari Ahad 29 Mac 2009,Cik Uteh,77 tahun, telahpun menyahut panggilan Illahi kembali ke rahmatullah . Kematian beliau pertama kalinya disahkan oleh Dr Penny yang selalu merawat beliau apabila beliau sakit . Kemudain pihak Hospital Pekan juga telah datang dan mengesahkannya sekali lagi . Ironinya,kematian beliau pada usia Encik Blogger 38 tahun dan beliau melahirkan Encik Blogger juga pada waktu umur yang sama .
Keadaan kesihatan Cik Uteh sebenarnya tidaklah nampak begitu berbeza dari hari hari sebelumnya . Tetapi seminggu kebelakangan ini beliau nampaknya sangat enjoy dengan tidur beliau dan tiada gangguan langsung semasa beliau nyenyak tidur tidak seperti sebelum ini dimana beliau kerap batuk dan mengeluarkan kahak .
Pemergian beliau pada pagi ahad tersebut dapat disaksikan oleh Encik Blogger dan keluarga . Boleh dikatakan symptom lelah yang selalu dialami beliau seperti sebelum ini telah menyerang beliau disaat saat akhir kehidupan beliau . Kami sekeluarga sebenarnya tidak menyangka bahawa serangan lelah seperti itu adalah yang terakhir untuk Cik Uteh kerana keadaanya tidaklah begitu teruk jika dibandingkan dengan serangan yang telah berlaku sebelum ini . Beliau kelihatan tenang setelah mendapat rawatan lelah dari mesin Nebulizer dan seolah olah terus tertidur . Tetapi itulah saat saat terkahir beliau sebenarnya . Seketika kemudian,kami akhirnya sedar bahawa beliau telahpun meninggalkan kami semua . Pengesahan dari doktor akhirnya telah menutup segala kesengsaraan yang beliau alami selama ini .

Dimasukkan ke hospital Pekan pada 1 Oktober 2008 dan akhirnya kembali kehadrat tuhan Rabbul Jalil pada pagi Ahad 29 Mac 2009 pada umur 77 tahun,2 bulan dan 10 hari . Selama 6 bulan beliau berjuang seorang diri menentang hukum alam terhadap diri beliau . Sangat hiba mengenangkan seseorang tua yang harus berbaring di katil selama 6 bulan tanpa boleh bercakap dan bergerak,tetapi disitulah keagungan Allah yang suka membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai hamba dan besarnya dia sebagai Tuhan .

Kepada yang datang kerumah kami untuk menziarahi beliau,membantu dalam urusan pengkebumian dan kepada sesiapa yang menghubungi kami melalyui telefon dan sms untuk menyampaikan salam ingatan kasih sayang kepada kami,kami sekeluarga mengucapkan ribuan terimakasih dan hanya Allah lah yang akan menyayangi anda semua serta berlaku ehsan terhadap kita atas apa kebaikan yang kita semua lakukan .

Juga kepada sesiapa yang mempunyai urusan yang belum diselesaikan dengan Cik Uteh,kami keluarga yang masih tinggal bolehlah dihubungi untuk menyelesaikan perkara perkara yang sepatutnya diselesaikan . Hubungi saya,Aminuddin - 0123000820 or 0192303903

Kerinduan Tiada Noktah
Apabila gugur relai relai dari Loh Mahfuz
Tercatit nama Uteh bt Hawa
Maka Izrail datang memacu nafsu
Memohon untuk menyelesaikan tugas
Beliau tiba dalam rongga-rongga udara
Senyap sepi tak diketahui

Kami disini mendengar bisik bisik derita
dari katil seorang tua
Bisik sengsara,bisik sengsara
Dimana derita,disini derita
Kami dengar rintih kemanusiaan
Kami dengar tangisan jiwa
Kami dengar roh yang menjerit hiba
Kami dengar ibu menghadap takdirnya

Manusia kekal sebagai manusia
Walau benci menatap seksa
Walau tak upaya membantu yang derita
Walau besar mana cita cita
Manusia tetap hamba
hina dina tiada istimewa

Apa makna tangisan digurun tiada manusia
Apa makna jeritan dilaut dalam tanpa sesiapa
Hanya ehsan tuhan jadi taruhan
Genggam kuat kuat wahai ibuku
Penderitaan ini fana
Kesengsaraan ini sementara

Ibu
Jika tumpah airmata dari seluruh tubuh pun
Mana mungkin milik tuhan
Menjadi milik hamba
Airmata jadi teman dalam perjalanan ke Mahsyar
Airmata tanda kasih abadi terpaut sepejal besi
Airmata tanda hati tidak akan mati

Ibu
Jika kepergianmu mendamaikan
Relakanlah
Itu tanda tuhan bukan hamba seperti kita
Jika kepergianmu memeritkan
Relakanlah
Itu tanda tuhan bukan seperti yang kita sangka

Sepi tanpa sekujur tubuh bernama Ibu
Adalah penderitaan panjang
Tiada noktah

Wahai Ibu
Perpindahan ini bukan pilihanmu
Tapi Penciptamu
Yang Besar,Kuat dan Gagah
Penderitaan adalah kifarah
Tenangkan lah hatimu
Bulatkanlah akidahmu

Wahai Ibu
Sampaikan salam sayang kami pada Kekasihmu Ab Kadir
Bunga-bunga cinta kan mekar semula
Tiada lagi rindu tak berbalas
Tiada lagi senyum tak dilepas


Kami terbau harum ketenanganmu disana
Kami terdengar hilai kegembiraanmu

Cinta dan air mata ini
Mengiringi perjalananmu Ibu
Perjalanan yang memisahkan
Tetapi menyatukan
hati-hati anak mu
selama lamanya
Anakmu
3:43 am Selasa 31/3/09


Saturday, March 28, 2009

Kahak


Inilah keadaan terbaru Cik Uteh pada waktu sekarang setelah lama Encik Blogger tidak mengemas kini blog ini . Beliau sekarang dalam keadaan yang agak stabil dan tidak mengalami sebarang komplikasi yang berat . Cuma beliau tidak banyak bergerak seperti dahulu . Walau bagaimanapun,kahak beliau agak cair dan tidak pekat seperti dahulu . Pagi ini kami telah mendudukkan beliau di ruang tamu sebagai ganti kerana asyik berbaring sepanjang masa . Jika beliau didudukkan dikerusi,beliau agak sukar untuk tidur jika dibandingkan dengan berbaring dikatil .
Beberapa hari lepas,telah datang 2 orang jururawat untuk menukar Urine tube dan ryles tube Cik Uteh . Ini kerana urine tube tersebut telah beralih sedikit dan menyebabkan air kencing telah terkeluar sedikit semasa proses pembuangan air .




Sunday, February 15, 2009

Kulat

Walau dalam kesibukan menjaga Cik Uteh,Encik Blogger masih berpeluang mengisi masa dengan mendengar ceramah motivasi di Kulat .

Tiada Ubat



Wajah terbaru Cik Uteh pada 15/2/09 . Beliau hanya tidur di kebanyakan masa tetapi jelas perubahan pada keadaan batuk beliau yang semakin kurang . Kahaknya juga jernih dan tangannya tidak mengerekot dan keras seperti dahulu . Cik Uteh juga tidak menelan apa apa ubat hospital atau klinik,hanya meminum susu Alpha Lipid,Kanji cair,Scotss Emulsion dan juga susu Enercal . Tetapi keadaan kesedaran beliau masih ditakuk lama dan masih tidak dapat berkomunikasi walau dengan apa cara sekalipun .


Alpha Lipid

Kotak pertama susu Alpha Lipid yang di order oleh Encik Blogger

Apabila melihatkan keberkesanan susu Alpha Lipid yang digunakan oleh Cik Uteh dan juga diminum sendiri oleh Encik Blogger,maka Encik Blogger mengambil keputusan menjadi pengedar susu kolostrum Alpha Lipid . Ada diantara kawan Encik Blogger yang mengidap Gout juga telah hampir sembuh dan tidak memerlukan dos ubat hospital seperti sebelumnya . Itupun hanya setelah meminum tidak sampai satu tin . Sangat ajaib . Sesiapa yang ingin mencuba keberkesanan susu kolostrum ini,sila hubungi Encik Blogger di no 012-3000 820 . Penghantaran terus kerumah anda walau dimana sahaja berada . Cepat dan Tepat!

Makcik Esah


Sebenarnya agak ramai kawan beliau yang datang menjenguk,cuma pada waktu yang tidak sempat Encik Blogger rakamkan . Ini salah seorang kawan baik beliau yang sangat sedih dengan keadaan Cik Uteh sekarang . Beliau ialah Makcik Esah mak kepada Joe(rakan sebaya adik Encik Blogger) .

Duduk

Untuk tidak membosankan Cik Uteh yang selalu terbaring,kebelakangan ini kami sekeluarga telah menduduk kan beliau selama beberapa jam diatas kerusi malas . Kadang kadang ianya berlarutan dari pagi sehingga kemalam . Apabila diduduk kan,kadang-kadang ianya akan mengeluarkan banyak kahak dari dada Cik Uteh . Walaubagaimanapun,kahak beliau sekarang sudah beransur kurang dan agak jernih . Beliau juga sudah kurang batuk diwaktu malam dan jika batuk sekalipun,ianya sangat minima dan tidak terlalu kuat . Boleh dikatakan memang jarang untuk mendengar beliau batuk di malam hari seperti dahulu . Kami percaya bahawa pengambilan susu Alpha Lipid telah banyak membantu kesihatan beliau .


Trachy


Minggu lepas Encik Blogger telah pun buat pertama kalinya mencabut Trachy yang melekat pada leher Cik Uteh untuk membuat sedikit pembersihan . Untuk mencabutnya agak mudah dan setelah mencabutnya,Trachy tersebut dimasukkan kedalam air mendidih untuk dimatikan kuman dan dilakukan sedikit pembersihan dari lendir yang melekat .

Apabila Trachy cuba dimasukkan kembali ke leher beliau,berlaku sedikit komplikasi iaitu lubang yang sepatutnya dimasukkan Trachy tersebut seolah olah tertutup dan Encik Blogger agak sukar untuk memasukkan Trachy tersebut . Walaubagaimanapun,dengan sedikit tekanan pada leher beliau,akhirnya Trachy berjaya dimasukkan walaupun terdapat sedikit kesan darah pada lubang tersebut . Walaubagaimanapun,sehingga ke hari ini(15/2/09),ianya tidak pernah meimbulkan masalah pada Cik Uteh .

Rombongan Wanita

Last week datang segerombolan rombongan yang terdiri dari wanita-wanita disekitar Kampung Parit . Pak anak Mak Puteh adalah salah seorang darinya . Mereka semua meluangkan masa lebih kurang dalam 20 minit melihat keadaan Cik Uteh dan banyak bertanyakan soalan kepada Encik Blogger . Terimakasih atas kesudian melawat Cik Uteh dan terimakasih yang tak terhingga diatas sumbangan yang diberikan :)




Pak Mak Puteh memakai baju kurung kuning bersama rakan rakan beliau melihat keadaan Cik Uteh yang diduduk kan diatas kerusi malas

Preventive Maintenance

Preventive Maintenance-dilakukan seminggu sekali untuk memastikan tiada sesuatu yang dapat mengganggu keselesaan Cik Uteh samada semut atau pun habuk2 atau juga rambut-rambut yang gugur . Kebersihan haruslah diutamakan pada setiap masa .




Tilam angin juga harus dicuci dan dikempiskan

Farewell For Syila

Last two week,sorang staff department Encik Blogger berenti kerja nak jadi cikgu . Masuk KPLI kat Kuala Lipis . Encik Blogger mengucapkan Selamat Maju Jaya pada Cik Syila . Yang penting kami semua dapat makan pizza dan KFC :)
Ucapan basa basi daripada Ketua Umum NRA Section-Encik Wan(satu kampung dengan Siti Nurhaliza dan dipanggil Abang Wan oleh Siti)

3 wanita moyok dan boring mendengar ucapan Ketua Umum NRA Section dan hanya terbayang kesedapan pizza dan KFC yang dihidangkan . Ditengah ialah Syila yang diraikan kepergiannya dan yang berbaju merah ialah Ketua Wanita NDM merangkap tukang pantun dimajlis keraian

Saturday, January 17, 2009

Malam


Gambar terbaru Cik Uteh yang diambil sekitar pukul 2.30am(17/01/09) . Beliau nampaknya tenang dan sesekali batuk dengan mengeluarkan sedikit kahak . Diwaktu ini beliau sedang tidur sambil menikmati alunan ayat-ayat Quran yang dimainkan dari pemain MP3 yang dipinjam dari cucu sulungnya . Kelihatan susun atur meja dan gerobok sudah agak berlainan dari sebelum ini .

Friday, January 16, 2009

Lawatan




Semalam(Khamis 15/01/09) banyak pihak telah datang melawat Cik Uteh,diantaranya ialah rombongan cikgu wanita daripada Sekolah Rendah Ahmad . Keluarga Cik Uteh mengucapkan berbanyak terimakasih diatas kesudian datang melawat beliau dan segala sumbangan yang dihulurkan kepada kami diucapkan berbanyak terimakasih . Disamping itu juga,Encik Zariruddin Manan dan keluarga juga telah datang melawat Cik Uteh dan telah dijamu dengan keledek goreng .

Thursday, January 15, 2009

Infection














Hari ini Cik Uteh masih lagi dalam keadaan bertenang setelah mengalami cirit birit yang agak teruk selama dua hari . Beliau telah dimasukkan drip air sebanyak 3 botol semenjak semalam . Ini kerana badan beliau kekeringan setelah mengalami cirit birit yang teruk . Sebenarnya sebelum beliau mengalami cirit birit yang agak teruk ini,beliau telah mengalami keadaan tidak dapat membuang air besar selama 4 hari berturut turut . Oleh itu kami telah memberikan beliau ubat untuk melancar dan melembutkan najis(mengikut pandangan farmasi) . Apabila selesai diberikan ubat tersebut,beliau telah mengalami cirit birit dan akhirnya mengalami kekeringan .

Semalam beliau telah didatangi oleh Dr Harison dari klinik Ummu Roihan . Apabila diperiksa,beliau tidak mengalami sebarang penyakit yang merbahaya . Tetapi,doktor mengesyaki bahawa beliau telah dijangkiti oleh kuman di paru-paru beliau menyebabkan beliau demam dan tidak berapa sihat . Simptom seperti ini telahpun dialami oleh beliau sewaktu beliau di hospital lagi dan apa yang kami perhatikan dibuat oleh pihak hospital ialah memberikan antibiotik . Jadi,Dr Harison telah mencucuk antibiotik kepada Cik Uteh dan membekalkan 3 botol drip air kepada beliau .

Setelah dimasukkan air dan antibiotik ke badan beliau,keadaan Cik Uteh agak stabil walaupun kadang kadang didadanya agak panas dan beliau kelihatan gelisah sekejap sekejap . Sepanjang masa,beliau kelihatan tidur . Hari ini beliau nampaknya lebih nyenyak tidur berbanding semalam dimana kadang kadang mata beliau asyik memandang keatas atau ke kiri dan kanan . Tetapi tubuh beliau sangat lemah dimana tangan dan kaki beliau tidak bergerak aktif seperti biasa . Tangan beliau juga lembut dan mudah digerakkan berbanding sblm ini dimana otot tangan beliau agak sukar digerakkan kerana tenaga beliau yang agak kuat dan kaki beliau bergerak sepanjang masa .

Pada hari semalam,beliau telah dilawati oleh beberapa orang saudara mara termasuk Angah(Kakak Ipar beliau)dan keluarga . Pada hari ini(Khamis-15/01/2009),serombongan cikgu-cikgu wanita dari Sekolah Rendah Ahmad Pekan telah datang menziarahi beliau . Dan telah menjadi tugas Encik Blogger menjadi "presenter" kepada pelawat pelawat tersebut .

Pada malam ini juga,Encik Blogger telah pun memulakan terapi Al Quran kepada Cik Uteh dengan memasang ayat-ayat Al Quran ditepi telinga beliau secara berterusan . Ini semua untuk memberikan satu impak kepada ingatan beliau dan berharap dengan izin Allah,beliau akan kembali mendapatkan ingatan beliau yang hilang selama ini .

Tukar Ryles Tube

video

Inilah video rakaman bagaimana penukaran Ryles Tube dibuat oleh dua orang jururawat . Kelihatan wajah Cik Uteh menahan kesakitan. Walaubagaimanapun,penukaran tiub ini berjalan lancar dan penuh profesional oleh dua jururawat tersebut .

Monday, January 12, 2009

Akak Bantu

Memberi bantuan pernafasan kepada Cik Uteh yang diserang asthma


Memberi makan menggunakan tiub(Ryles Tube)




Pada pagi ini(Isnin 12/01/09),Cik Uteh telah mendapat seorang pembantu untuk menjaga beliau . Seorang kakak(Ibu Tunggal) yang tinggal di Taman Seri Setia . Setakat ini beliau dipertanggungjawapkan untuk membuat semua kerja dalam hal-hal pengurusan Cik Uteh seperti mengelap badan beliau,menukar lampin,menukar baju,menyedut kahak,memberi bantuan pernafasan jika lelah dan semua kerja kerja yang berkaitan . Encik Blogger akan memantau dan memberi tunjuk ajar selama beberapa hari untuk memastikan beliau benar-benar faham dan berkebolehan untuk menjaga Cik Uteh sementara Encik Blogger mendapatakn pembantu sepenuh masa .

Ryles Tube and Urine Tube





Pada pagi ini(Isnin-12/01/09),dua orang Jururawat(Siti dan Hanim),telah datang untuk menukar Ryles Tube dan Urine Tube . Ini membuktikan bahawa setelah menelefon di saluran yang betul,banyak kerja boleh dilakukan dengan mudah . Jika tidak,sudah tentu sukar untuk mengangkat Cik Uteh(yang fragile) ini kesana kemari memandangkan keadaan beliau yang uzur .




Kerja-kerja penukaran tiub berjalan dengan lancar dan dua jururawat tersebut melakukan kerja dengan amat baik serta profesional . Memang Cik Uteh kelihatan menahan sakit yang teramat sewaktu dimasukkan Ryles Tube tersebut tetapi ianya dilakukan dengan agak pantas dan molek sekali . Ianya suatu tugas yang memang boleh dilakukan oleh jururawat dan tidak timbul soal pesakit harus dihantar ke hospital semata mata untuk kerja yang boleh disiapkan dalam masa beberapa minit sahaja .




Penukaran Urine Tube juga berjalan dengan lancar,dan ini juga begitu mudah dilakukan . Tidak sampai 5 minit tiub tersebut berjaya diganti dengan tiub baru dan tidak menimbulkan kesakitan kepada Cik Uteh . Kedua dua tiub ini,merujuk kepada jururawat,sepatutnya ditukar selepas 2-3 minggu ianya digunakan .

Proses Maid

Pada hari Sabtu 10/1/09, Encik Blogger telah menemui ejen pembantu rumah untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia untuk menjaga Cik Uteh . Proses ini mungkin memakan masa paling cepat dalam 2 minggu . Memang agak sukar untuk mendapatkan pembantu rumah yang berkebolehan dan sudi menjaga orang tua yang sakit . Walaubagaimanapun,Alhamdulillah ejen berjaya menemui seorang calon yang memang berkeinginan untuk menjaga Cik Uteh . Encik Blogger telahpun membuat bayaran deposit untuk memulakan proses pengambilan pembantu rumah tersebut dengan ejen dari syarikat Fokas Mulia Agency yang berpejabat di Bandar Baru Selayang .