Friday, October 24, 2008

DNA Bonding


Kehilangan adalah kehibaan yang kadang kadang terasa diri hilang dalam kepercayaan . Tidak ada sesuatu yang lebih menderita selain melihat penderitaan seorang yang bernama IBU didepan mata . Jika diberi ruang untuk berkongsi penderitaan ini,itulah yang terbaik untuk seorang anak melakukannya tetapi tuhan itulah yang paling kaya diantara semua kita .

Kesakitan kadang-kadang tidak membawa apa apa pengajaran melainkan penyerahan diri kepada tuhan Rabbul Jalil sebagai jalan keluar . Doa ialah senjata buat yang lemah dan akur dengan fitrah sebagai hamba . Tuhan datangkan kasih dan cinta seorang anak buat IBUnya dalam darah dan ingatan sepanjang masa . Semoga tuhan makbulkan doa anak anak yang sentiasa menjunjung jasa seorang ibu dan doa itu ialah kesejahteraan abadi buat seorang yang bernama IBU .

Terimakasih kepada yang mendoakan Cik Uteh Bt Sulaiman . Beliau masih dalam keadaan yang lemah dan tidak berapa sedarkan diri . Doa anda semua adalah kuntum kuntum bunga yang mewangi dalam rongga hidup kami sekeluarga .

Kepada Cumi,terimakasih yang tak terhingga kerana bantuan Cumi kepada kami selama emak berada di hospital sangat bermakna buat kami semua .

0 comments: