Tuesday, October 28, 2008

Paru-Paru


Setelah selamat menjalani pembedahan tracheostomy di tekak,Cik Uteh telah bernafas menggunakan oxygen yang disalurkan melalui tiub di leher . Keadaan beliau pada hari Jumaat(sehari selepas pembedahan)menampakkan kesan yang positif . Beliau tidak lagi tertekan dengan keadaan salur tiub yang memasuki mulut . Wajah beliau tidak lagi ditampal dengan plaster yang berada disekeliling mulut dan dagu . Air kencing beliau telah mula menampakkan tanda normal(sebelumnya berwarna hitam pekat),beliau lebih banyak bergerak dan membuka mata,air yang banyak bertakung didalam setiap inci badan beliau(sehingga beliau nampak seperti mangsa obesiti) telah mula surut dan meresap ke tisu badan dan akhirnya dikumuh melalui salur kencing . Tubuh beliau sekarang sudah mula kembali ke keadaan asal . Beliau juga nampaknya sudah mampu bernafas dengan stabil dan kurang menggunakan mesin . Ini satu petanda baik bahawa keradangan paru-paru beliau sudah mula beransur pulih .


Pada pagi hari ini(Isnin-27/10/08),doktor telah mula mencabut bekalan oksigen yang disalurkan ke leher Cik Uteh berdasarkan kepada kebolehan beliau bernafas menggunakan paru-paru seperti yang ditunjukkan sebelum ini pada parameter dimesin ventilator . Setelah dicabut oksigen,Cik Uteh nampaknya berjaya bernafas sendiri dan doktor akan mengekalkan prosedur ini untuk latihan paru parunya selama 4 jam(4jam pakai mesin,4 jam bernafas sendiri) . Alhamdulillah,setakat petang tadi,keadaan beliau nampak stabil,beliau banyak bergerak dan tubuh beliau nampak agak bertenaga .

Dalam keadaan sekarang,adik Encik Blogger iaitu Khairul dan Kakak serta abang Encik Blogger akan bergilir gilir menjaga Cik Uteh . Encik Blogger akan kembali bekerja dan melakukan usaha jarak jauh sahaja .

Terdapat fakta dari kawan Encik Blogger iaitu Cik Uteh sekarang menghidap penyakit HEPATIC ENCEPHALOPATHY iaitu kegagalan fungsi hati yang agak kronik hingga membawa kesan kepada otak . Tetapi setakat ini apa yang ditunjukkan dalam reaksi Cik Uteh,ianya menunjukkan kesan yang agak positif . Segala-galanya akan diserahkan kepada usaha dan doa .



0 comments: