Friday, November 7, 2008

Cik Uteh Di Wad 7B

Kemaskini terbaru,Cik Uteh telahpun dikeluarkan dari Wad HDW pada hari semalam . Ini kerana doktor telah berpendapat keadaan beliau telahpun stabil . Sebenarnya jika dilihat dari segi fizikal,beliau masih lagi lemah dan tidaklah berapa sedarkan diri . Menurut pendapat doktor yang merawat beliau,kesan daripada hati beliau yang telah rosak teruk menyebabkan otak beliau telah dijangkiti kuman dan ini menjelaskan mengapa beliau seakan akan tidak dapat sedar seperti biasa .

Beliau masih lagi bernafas menggunakan trachy(lubang melalui tekak) . Sekarang beliau telah ditempatkan di wad 7B untuk pengawasan . Jika keadaan beliau bertambah baik,kemungkinan besar keluarga kami akan membawa beliau balik ke Pekan .

Esok malam Encik Blogger akan kembali ke Hospital Kuantan . Sesiapa yang ingin datang melawat Cik Uteh bolehlah menelefon Encik Blogger di nombor 0123000820 .

0 comments: