
Cik Uteh didalam ambulan menunggu perkakas sedut kahak diperbaiki
Memulakan perjalanan dari HTAA ke Pekan
Cik Uteh tenang sementara pekerja hospital menggelabah mencari ambulan yang lebih elok sebagai ganti
Pekerja hospital melakukan ujian pada perkakasan
Proses memindahkan Cik Uteh ke dalam ambulan
Cumi dan Kakak sedang bergegas mengejar ambulan yang mungkin akan meninggalkan mereka
Bil Hospital-RM3.00 sehari untuk wad kelas 2
Pada hari Sabtu 8 November 2008,Cik Uteh telah selamat di keluarkan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan atau HTAA . Beliau kini ditempatkan di Hospital Pekan Wad 3A . Diantara kronologi ringkas keluarnya beliau dari HTAA adalah seperti berikut ; Pada hari Jumaat 7 November 2008,pihak hospital telah memaklumkan kepada kami bahawa Cik Uteh boleh dipindahkan ke Hospital Pekan memandangkan keadaannya yang sudah agak stabil(pada pandangan mereka) . Sebenarnya,pihak keluarga kami agak sakit hati apabila Cik Uteh dipindahkan ke Wad Kelas 2 (7B) . Ini kerana kami melihat bahawa kemudahan dan perkhidmatan di wad kelas 2 tidak mencukupi untuk pesakit tracheostomy seperti beliau . Ini bukan sangkaan buruk kami terhadap pihak hospital tetapi pihak di wad yang sebelum ini telah memberitahu bahawa bilangan jururawat di wad kelas 2 tidak mencukupi dan keluarga hendaklah datang memantau pesakit(masalah kami kah ini??)
Mujurlah ada seorang doktor yang menasihatkan kami bahawa jika terus terusan berada di Wad HDW(High Dependency Ward),kuman-kuman yang lebih kuat mudah menjangkiti Cik Uteh . Kami akur dan akhirnya Cik Uteh terpaksa tinggal di wad 2 yang tahapnya ala ala rumah setinggan . Sebenarnya dari segi pemerhatian mata kasar,wad kelas 2 dan kelas 3 tidak ada bezanya . Semuanya disediakan untuk pesakit kasta rendah dan "nobody" . Padahal kakak Encik Blogger layak menggunakan kedudukannya untuk mendapat layanan kasta kelas satu . Tetapi alasan murahan yang biasanya diberikan ialah wad penuh .
Cik Uteh tinggal di wad kelas 2 selama dua hari sebelum dihantar ke Hospital Pekan . Sepanjang tinggal disana,layanan istimewa kepada pesakit seperti beliau(yang tidak sedarkan diri) seperti yang diperolehi semasa di wad HDW tiada lagi . Perkara ini membimbangkan kami kerana beliau bukan saja perlu di sedut kahak di tekaknya,tetapi najisnya harus selalu dibuang memandangkan beliau telah terkena sindrom "bed sore" iaitu melecet yang teruk dibahagian punggung oleh kerana cirit birit yang dialami sebelum ini dan kurangnya seliaan dari pihak hospital .
Bayangkan,keluarga pesakit terpaksa berasa bimbang dengan keselamatan keluarga beliau dihospital . Janggal bunyinya bukan? . Sepatutnya hospital lah tempat paling tenang untuk merawat penyakit .
Jadual pemakanan Cik Uteh harus mengikut masa yang ditetapkan seperti 3 jam sekali . Dan ini harus dilakukan oleh jururawat . Mengikut kata kakak Encik Blogger,pernah satu malam sewaktu beliau tidur disana,beliau sedar tiada seorangpun jururawat yang datang memberikan susu kepada Cik Uteh pada waktu malam hari(12.00am-6.00am) . Jika memberi susu suatu kesusahan,apatah lagi untuk membuat sedutan kahak .
Pada pagi hari Sabtu 8 Nov 2008 , Cik Uteh telah dikeluarkan dari HTAA menuju ke Hospital Pekan . Semasa Encik Blogger pergi membuat pembayaran di kaunter,Encik Blogger diberitahu bahawa kami perlu membayar RM6.00 sebagai caj duduk di wad kelas 2 . Sebenarnya,perkara ini tidak patut sama sekali timbul kerana Cik Uteh masuk ke wad dengan menggunakan GL(Guarantee Letter) dari kerajaan . Bukan jumlah yang dipertikaikan,tetapi kenapa perlu ada pembayaran jika sudah menggunakan GL?
Cik Uteh sepatunya dijadualkan keluar pada pukul 10.00am . Tetapi disebabkan perlu untuk menukar lampin,maka jadualnya telah tertangguh sehingga ke pukul 10.45am barulah Cik Uteh dibawa keluar daripada wad dengan dipantau oleh Kakak,Encik Blogger,Wawa(sepupu) dan Cumi(mak sedara) .
Sampai di tempat ambulan menunggu,Cik Uteh terus dimasukkan ke dalam ambulan . Malangnya apabila diuji perkakasan didalam ambulan,ada sesuatu yang tidak kena dimana alat untuk melakukan sedutan kahak tidak berfungsi . Lalu nurse telah memanggil pekerja penyelenggaraan untuk memperbaiki kerosakan tersebut . Setelah menunggu hampir setengah jam,kami diberitahu bahawa Cik Uteh harus di bawa dengan ambulan lain .
Apabila hampir melakukan pertukaran ambulan,perkakasan untuk sedutan kahak diuji dan keputusannya ialah ianya tidak juga boleh digunakan . Kemudian kami mendapat tahu bahawa ketiga tiga ambulan yang tersedia disitu rosak perkakasan sedutan kahak dan tidak boleh digunakan langsung .
Lalu terjadilah dialog(dalam bahasa Pekan) diantara Encik Blogger(EB) dengan jururawat(JR) bertugas ;
EB : Habis macamana ni?
JR : Kita mintak ambulan dari Pekan datang
EB : Bila dia dtg?
JR : Kita request je,datang tak tau lagi bila,tunggu jelah,kalau ada kes dia dtg lah
EB : Habih!nak tunggu sampai bila??kalau takde kes tak dtg lah?
JR : Yelah
EB : Teruklah macam ni,takkan nak gamble je macam ni?kalau orang sakit kritikal dan nak guna ambulan macamana?Takkan eurocopter nak datang ambik(skrip tambahan sebagai lawak perli)
JR : -Buat muka blur je-
Kemudian kami mengambil keputusan untuk melakukan sedutan kahak dihospital dahulu sebelum Cik Uteh menaiki ambulan kerana perjalanan kesana hanya mengambil masa 30-40 minit sahaja jadi kami yakin bahawa Cik Uteh mampu bertahan tanpa perlu ada mesin sedutan kahak .
Akhirnya sampailah Cik Uteh di Hospital Pekan dan ditempatkan di Wad 3A . Apabila sampai disana,apa yang berlaku mengejutkan kami . Doktor yang berada diwad kecemasan bertanya kepada kakak Encik Blogger,apakah nama susu dan antibiotik yang diberi kepada Cik Uteh . Ini memang lawak tengah malam yang sepatutnya tidak dilakukan pada waktu pagi . Bagaimana seorang doktor boleh bertanya kepada keluarga pesakit nama ubat dan susu yang dimakan pesakit,apa makna laporan yang didatangkan dari hospital sebelum ini?
Apabila ditempatkan di wad,berlakulah beberapa perkara yang membengangkan kami ;(kami menyangkakan hospital yang kecil dan kurang pesakit memudahkan kerja kami,rupanya menambahkan lagi kerja kami)
1 . Kami perlu menyediakan tuala kecil,tisu bayi dan susu sendiri kerana katanya tidak dibeli oleh pihak hospital . Kalau begini lebih baik kami membeli sendiri antibiotik,katil,tilam,astro dan segala malanya dan letak dihospital .
2 . Kami diajar untuk bekerja sebagai jururawat dengan belajar memberi susu kepada Cik Uteh dan kami diminta membuat jadual sendiri untuk memberi susu kepada beliau . Kami juga diajar untuk menyedut kahak daripada tekak Cik Uteh .
Buat masa sekarang,Cik Uteh dijaga bergilir gilir oleh kami adik beradik . Walaupun pihak hospital tidak membenarkan kami tidur disisi beliau,kami sentiasa memantau keadaannya setiap hari untuk memastikan beliau sentiasa terjaga .
Mengikut kata seorang doktor,keadaan beliau agak baik dimana enzim hatinya bertambah baik,jantung dan paru parunya ok . Urine nya juga tidak bermasalah . Cuma kesan melecet yang teruk mengganggu tidur dan pergerakannya . Beliau masih lagi tidak berapa boleh berorientasi dengan betul dimana kadang kadang jika kita memanggilnya dari sebelah kanan,beliau akan menoleh kesebelah kiri . Anggota tubuhnya sukar digerakkan sendiri dan terketar ketar jika cuba digerakkan oleh kami . Beliau selalu demam kerana menurut pakar hati Al Jabbar,apabila hati telah rosak,maka antibodi pun lemah dan kurang .
Apa yang melegakan kami ialah,mengikut kata doktor,ada kes pesakit hati seperti beliau yang boleh sembuh seperti sediakala . Tetapi ianya semua bergantung kepada tahap kekuatan badan beliau .
Encik Blogger kembali ke kampung pada setiap malam Jumaat .





10 comments:
aku rasa ko memang tak pernah bersyukur di atas perkhidmatan yang diorang berikan.kenapa tak hantar saja Kuantan Medical Center(KMC) atau SJMC yang boleh memberi perkhidmatan yang terbaik mungkin korang fikir duit jugak.aku pun lulusan oversea pun tak berlagak macam ko...kalau semua patient nak dilayan macam kehendak ko aku rasa ramai jururawat letak jawatan..diorang pun nak mengata ko dan ada yang kata ko anak beranak cepat mampus...dah macam tu ko komen pulak htaa dan hosp pekan nak tengok muka ko pun diorang dah menyampah..patutnya ko belajar macamane diorang ajar nak uruskan cik uteh bial dia keluar nanti..kalau tak daya pakailah orang gaji..aku pun mcm ko jugak bila keluar aku cari orang gaji nak uruskan mak aku tak kan tak boleh..lulusan oversea,adik beradik kerja bagus boleh support ape tak kan ko nak sumbat cik uteh duk kat hospital..infection boleh dapat lama-lama sebab ramai patient kat wad lagi yang sakit...ko ni encik blogger tengok muka ko pun dah tahu xsyen sangat.mampuh arh ko...celaka.
en sopi,saya bersetuju betoi ngan en sopi..en blogger ni memang jenis tak sedar dek untung..en sopi tau tak,en blogger adik beradik ni siap sound menyaound lagi kat doktor ngan misi2 kat sana...setakat nak cuci ngan tukar lampin mak pun terjerit2..menyampah giler aku dengar citer dia ni..!!
sopi, nana,
aku pun menyampah dengan ko. ko ni pengarah tak bising ko lak nak kecoh. aphal? Ko adik sister hashimah ke?
sopi, ko ni lulusan ober-Siul la aku rasa, ko ingat sumer lulusan ober-Siul cerdik sgt ke? Kalu kawan dgn melayu gomen kepala hotak tetap bodo cam ko ni.
bab mengata ni melayu bodo macam ko je yg masih buat amalan-cari bomoh, percaya bende khurafat..tu contoh amalan2 species ko ler..hehe
ko ni cam Dr. bebal kat situ lak yg kata dok spital lama byk infection. Ni mana punya kajian ni? Boleh kasi aku satu research paper? Setakat quote org cakap buat hapa..pakai la otak anugerah Allah yg ada atas kepala ko tu..lain la ko nak guna kepala yg tengah2 tu..kui3X
Some ppl like u are just bastard! Go to hell idiot!
hoi nana budak kampung..hehe
jerit2 oka la sebab pitching okay..kalau tido ternganga mulut lagi sadis..kena pulak lepas ni masuk paper..hahah...mati la korang satu malaya tau..kekekek
ami... aku bukan nak masuk campur hal kau. tapi pikirkan kita sedara, malu jugak aku bila baca blog kau ni.sudah-sudahlah komplen kat orang hospital. kau bawaklah balik makcik uteh balik..cuba berubat cara kampung. aku bila dengar orang mengata makcik uteh,malu jugak aku.dah lah sakit..kena kata dan sumpah seranah ngan orang sian jugak aku tengok.bawak-bawaklah beristigfar sikit.syukurlah mujur orang hospital nak jaga.
ami....kau ni syukurlah sikit.aku rasa baik kau bawak jelah mak kau tu balik berubat kampung.kita ni pun bukan lama sangat hidupnya.dari kena sumpah ngan orang tiap-tiap hari dah lah sakit.pikir-pikirlah. aku cakap ni sebab aku kenal kau dan keluarga kau, aku pun malu bila ramai orang mengata dan menyumpah mk uteh sebab kan blog kau ni melampau sangat.sudah-sudahlah nak komplen orang hospital.bawak-bawak lah berishtifar.
cjet
aku x kenal sapa kau ni sbb kau tak bgtau kau ni sapa.kalau kau mengaku sedara aku,baik kau tanya aku apa masalah yg aku hadapi,bukan bagi komen bodoh mcm ni . Aku nak bagitau kau,sumpah seranah org ni pernah effect aku tak?or boleh ke sumpah seranah org munafik mendatangkan kecelakaan pada org?kalau boleh,nabi lah paling teruk ditimpa bala sebab kena sumpah dgn kaum musyrik .
CUBA KAU TULIS SATU PERSATU APA BENDA KOMPLEN DLM BLOG NI YANG AKU TUJU KAT HOSPITAL . CUBA TOLONG TULIS SATU PERSATU .
Kau orang semua yang komplen dlm blog ni ada sebab . Salah satu kau org ni keluarga nurse yang kena komplen dgn aku . Kedua maybe keluarga doktor yang kena komplen dengan aku . Kena komplen pun melenting . Kalau mak aku org tak bagi makan 6 jam,tak melenting plak . Kalau tahik mak aku org tak basuh 8 jam,kau melenting tak?
Kau org smua jangan buat sifat bintanag dengan aku sebab aku tak suka . Kalau kau nak panggil aku kafir,aku tak pernah ada masalah dengan benda tu semua .
Sekarang kalau kau berani,kau cuba tulis satu persatu apa masalah kau dengan blog aku ni . CUBA TULIS AKU NAK TENGOK .
Akumemang berlagak dengan org bebal yang bago komen kata keluarga aku mampus sebab kau org ni layak jadi binatang .
Aku cuma komplen tentang sistem dalam hospital pada saluran yang betul . Memang pahit kena komen,tapi kenalah terima sbb kau org bukan Nabi . Kalau nurse tido aku komplen,memang padan muka sebab time kerja mana boleh tido . JANGAN KAU JADI MELAYU BODOH SOMBONG PULAK!!
So,apa masalah kau org?
aku tau mak aku sekarang sedang berbangga dengan aku dan adik beradik aku . Kauorg tak payah bagi nasihat murahan suruh aku bwk balik mak aku sebab waktu mak aku tak sihat pun hospital dah sibuk suruh aku bwk balik .
cjet
nanti kalau mak kau masuk hospital,bagitau aku . tapi kalau dia sakit biasa tak payahlah,kalau sakit berat baru bgtau . Kalaulah dalam duni ni tak boleh komplen,aku rasa elok bunuh diri je lah . Maknanya kalau politician makan duit kau,kau boleh senyum je,itu maknanya baik kau mati jadi bangkai je,sbb kau takde rasa nak komplen dan menegakkan kebenaran .
Aku rasa Nabi datang bwk ugama ni suruh tegakkan kebenaran . Kalau dah benda betul aku tegur pun salah,baik aku makan tahik ajelah,tak payah jadi manusia .
biasanya kalu orang berak tengah jalan dia tak mengaku, kalu dia berak dalam tandas spital yg banyak barang rosak tu mesti dia mengaku berak. Ko paham ke tak? Nak aku panggil cikgu lias ke kasi ko paham?
hoi mangkuks, yg korang kecoh2 ni aphal? NI open space, ko nak komen 100x sehari pun takpe, ko ni ada belajar TataRakyat ke tak masa sekolah dulu-yg aku tau budak2 sekarang (termasuk nurse2 muda) dah tak belajar bab ni, sebab tu kalu terkurang ajar boleh dimaapkan, tapi kalu umur cam Sister2 tu, sure belajar TataRakyat, tapi bab senyum pun payah, baik gi sumbat muka dalam tong lege jek..keke
Sapa jawab soalan dibawah dengan betul hadiah utama melancong ke Pulau Enjin:
Apakah tabiat yang tak dilakukan oleh Nurse Wad3A diwaktu malam?
1. Borak2 dan Gelak2.
2. Tido bertiga atau berdua.
3. Tutup langsir pesakit yang takde penjaga.
4. Taip repot pakai satu jari.
5. Korek tahik idung.
syyhh.. jawapan bocor no. 5 (sebab diaorang tido mana sempat nak korek idung..)
bapak gua ada kate, bapak bolek anak lintik. itu base melayu punya pantun ke sajak ke gua tak tau aaa, gua rase sama ini macam:
1. sister bengap, nurse pun bangang
2. sistem talam 8 muka, nurse talam 4 muka
3. Pengarah pandai, Sister bengap (ini hal gua rasa ada tak kena lorr, itu lu kena tanya ameng konduktor bas bee huat)
Ccikgu gua ada ajar sama gua, lead by example. kalau itu kepala ada banyak taik, itu badan sama ekor mesti taik punya. Tapi ini hal wad3A gua rasa itu hardcore culprit mmg blom kasi tendang. gua punya kakak ipar punya adik tiri ada cakap sama gua. gua rasa dia main nyorok2 dalam guni bila pengarah ada buat spotcheck. itu muka terus tukar kasi 4 talam bila bos datang, mesti mau jilat ka, kipas ka, baru boleh naik pangkat. kalu malas macam mana mau jadi sister? dulu punya sister rajin, dia kerja lama mesti pandai punya orang.hehe
apa la lu amoi, itu pun talak paham ka?
talak apa, gua takde hal selagi itu culprit hantar dia punya keta sama workshop gua. gua talak ambik hati punya. itu hal gua caj lebih 100 punya bila kasi repair, kalu itu nurse tanya gua kata sudah takdir kena bayar mahal maa, mesti dia setuju punya. sapa pandai? gua la sebab wa pakai akai, nurse pakai otak. mana sama maa!
Post a Comment