Pada petang hari Sabtu(1/11/08)lebih kurang pukul 2.00 petang Encik Blogger telah sampai di Kuantan dengan menaiki bas ekspress yang telah menunjukkan perubahan dari segi ketepatan masa perjalanan . Encik Blogger tidak sesekali menyangka yang bas ekspress sekarang memulakan perjalanan tepat pada masanya . Ini kerana,semasa Encik Blogger selalu menaiki bas ekspress pada dekad 90an,kebiasaanya bas ekspress akan lewat setengah jam atau lebih untuk memulakan perjalanan .Apabila sampai di Kuantan,Encik Blogger terus menuju ke Hospital Kuantan untuk melihat perkembangan Cik Uteh . Ini diantara kemaskini tahap kesihatan Cik Uteh .
Sabtu(1/11/08)
Cik Uteh masih tidak berapa sedarkan diri . Hanya membuka mata sekali sekala dan beliau masih demam . Suhu badannya juga tinggi dan kadang kadang tekanan darahnya turun dan doktor perlu memasukkan ubat untuk menaikkan tekanan darah beliau . Air kencingnya kembali gelap . Tahap reaksi beliau pada keadaan sekeliling juga agak pasif dan tidak memberangsangkan . Perbincangan diantara Encik Blogger,Yon dan seorang doktor dari kumpulan Bius(Dr Fahmi) telah merumuskan bahawa Cik Uteh telah dihinggapi oleh seekor virus baru pula . Ini lah yang dirumuskan oleh doktor tersebut punca kepada keadaan Cik Uteh kembali lemah dan tidak sedarkan diri dan selalu demam .
Kami telah bertanya kepada doktor tentang tahap hati beliau,dan doktor memberitahu bahawa hati beliau sebenarnya tidaklah menunjukkan kesembuhan yang ketara . Ini kerana sebelum ini kerosakan yang telah berlaku pada hati beliau menyebabkan ianya agak sukar untuk sembuh sepenuhnya . Walaubagaimanapun,kami agak musykil kerana sebelum ini doktor dari kumpulan perubatan(Medical) telahpun membuat temujanji untuk membuat Abdomen CT Scan untuk mengetahui tahap hati beliau tetapi telah ditangguhkan kerana keadaan beliau yang tidak stabil . Tetapi sehingga ke hari ini,CT Scan tersebut masih tidak dilakukan dan doktor telah membuat kesimpulan bahawa hati beliau tidak menunjukkan kesembuhan yang ketara .Jika dilihat dari beberapa perkembangan yang berlaku pada organ beliau seperti paru-paru dan buah pinggang,kita boleh membuat kesimpulan bahawa ianya sudah menunjukkan tanda tanda positif dan kesembuhan yang ketara kerana beliau sekarang bernafas sendiri tanpa menggunakan oksigen . Cuma pada waktu tidur malam,doktor akan memasang bantuan oksigen untuk merehatkan paru-paru beliau yang penat bekerja pada siang hari . Air kencing beliau juga sebelum ini telah menunjukkan tanda tanda buah pinggang beliau kembali berfungsi . Para misi juga menyatakan bahawa tekanan darah beliau dan kadar denyutan jantung adalah baik . Cuma serangan virus baru telah menyebabkan beliau demam dan terganggu sistem tubuhnya .
Doktor juga telah memberitahu bahawa virus atau kuman-kuman yang menjangkiti Cik Uteh dan lain lain pesakit yang menghuni samada bilik ICU atau HDW adalah perkara biasa dan sukar dielakkan .
Setakat ini,apa yang doktor boleh lakukan ialah mengenakan anti biotik(secara try and error) untuk menghapuskan kuman kuman yang telah mengjangkiti beliau . Dan pada waktu yang sama,darah diambil setiap hari dan kadang kadang melebihi sekali sehari .
Ahad(2/11/08)
Keadaan Cik Uteh agak baik,tahap reaksinya kepada keadaan sekeliling juga agak baik tetapi beliau masih tidak dapat sedarkan diri seperti sebelum ini . Tangan dan kakinya juga tidak bergerak seperti selalu . Tangan kiri dan kanan beliau agak keras dan sukar diluruskan .
Beliau sudah boleh batuk dengan kuat dan kadang kadang keluar kahak dari saluran pernafasan beliau di leher . Banyak batuk adalah lebih baik daripada tidak batuk langsung kerana batuk membuktikan bahawa paru-paru kita berfungsi dan sudah boleh berkembang .
Tahap melecet di belakang beliau(dibahagian punggung) yang sebelum ini agak teruk telahpun kering tetapi kesan lebam nya sangat ketara . Ini adalah kali pertama kami adik beradik dapat menyaksikan tahap kecederaan ini kerana sebelum ini tidak berpeluang untuk menyaksikannya . Dapatlah disimpulkan bahawa kenapa sebelum ini muka Cik Uteh selalu sahaja berkerut menahan kesakitan yang kami sendiri pun tidak tahu dari mana puncanya . Rupanya kesan melecet tersebut membawa kesakitan yang agak tinggi juga . Kesan lebam dibelakangnya sangat jelas berwarna merah kehitaman . Ini semua adalah kesan dari pembuangan najis yang dahulunya tidak terkawal dan agak cair .
Tetapi sekarang beliau telah mula membuang air besar dengan lebih elok dan tidak lagi mengalami cirit seperti sebelum ini . Air kencing beliau sudah kembali normal . Ini mungkin disebabkan antibiotik yang berkesan yang diberikan doktor telah menyebabkan organ beliau kembali normal .
Sebelum Encik Blogger kembali ke Kuala Lumpur,keadaan beliau nampaknya agak bertenaga . Beliau bernafas dengan kuat . Encik Blogger positif bahawa beliau masih mempunyai kekuatan dalaman untuk kembali sembuh seperti sediakala .
Doa anda semua adalah resipi penyembuhan yang ampuh untuk beliau .
Encik Blogger telah selamat sampai ke KL pada pukul 10.15pm (Ahad 2/11/08)

4 comments:
saya memang simpati kat makcik uteh tapi pak blogger pun jgn lar tunjuk baca yassin pakai sluo pendek...sopan skikk...
en blogger ni kepala masuk air kot..!!
pakai sluo tu ko nampak tutup aurat ke tak? Ko mengaji tiap2 hari ke? Mana ko sekolah?
Bodoh punya Haji Dam,aurat lelaki pun tak tau sampai mana . Tulah,belajar dengan ayah pin agaknya!!
Lain kali ckp siang pandang pandang . Kau ingat baca Yasin kena pakai kain pelikat baru tuhan terima??Tuhan Allah tu sepupu kau ke?
Post a Comment