
Disebutkan orang,ada sebuah Istana besar tersergam indah didalam Kerajaan Gading Bertuah . Istana ini digelar orang Istana Roboh(kerana moral dan akhlak penghuninya yang telah menjunam ketanah) . Istana ini,kerana saktinya,telah masyhur lah diserata alam akan kehebatan daulat istana ini dimana sesiapa yang hadir kedalam istana ini,jika mendiaminya selama lebih dari 3 hari,maka akan bertambah geringlah mereka walaupun asalnya mereka datang dengan tubuh yang sihat lagi walafiat .
Diperkatakan lah oleh ramai rakyat jelata yang telah gering angkara kelakuan kakitangan istana ini,jika anda ingin benar merasai pengalaman menjadi gering,sila lah berkunjung ke istana ini dan haruslah mempersiapkan diri anda dengan panahan daulat dan sumpahan dayang-dayang serta gundik dan tabib yang mendiami istana ini .
Diantara daulat-daulat yang anda akan temui dan cukup membuatkan anda gering lagi koma ialah;
1 . Dayang-dayang istana akan menyambut anda dengan muka yang masam mencuka(kerana kemasukan anda akan menambah banyakkkan kerja-kerja mereka) . Ini tidak bertepatan dengan KPI(Key Perfomance Index) Istana Roboh tersebut dimana jika semakin sedikit pelancong datang ke istana adalah lebih baik,maka diamalkanlah sikap menghalau pelancong balik ke rumah secepat mungkin . Jadi,kedatangan pelancong seperti anda tidak dialu-alukan .
2 . Diwaktu pertukaran shift dayang-dayang dan gundik gundik istana,anda akan mendengar suara dayang-dayang dan gundik gundik hiruk pikuk seperti murai tercabut ekor atau tongkang pecah atau perempuan gila meroyan . Ini kerana mereka semua excited untuk pulang setelah seharian bersembang di istana dan berjaya membiarkan pelancong semakin gering dan ada yang melolong dalam kesakitan .
3 . Dayang-dayang akan menyuruh anda supaya anda menyuruh keluarga anda datang dan berada disisi anda sepanjang masa semasa anda gering . Ini bertujuan untuk memudahkan keluarga anda membuat segala kerja-kerja yang berkaitan dengan kejururawatan dan kedayangan seperti memberi makan ubat kepada anda,memberi makan kepada anda(jika anda tidak boleh makan sendiri),mengelap badan anda,membuat sedutan kahak(jika anda pesakit Tracheostomy),mencuci luka anda(jika ada) dan apa sahaja kerja yang berkaitan . Mereka akan menggunakan hujah "keluarga atau anak lebih afdal untuk membantu anda sebagai pesakit" .
4 . Di istana ini,anda akan terasa seperti berada di sekolah budak nakal dimana segala kemudahan istana sangat daif walaupun istana ini masih belum dirasmikan oleh kepala negeri. Kepala paip yang tercabut,tandas yang kotor,hancing dan berbau,pintu tandas tidak langsung boleh dikunci,paip air pancur tidak boleh digunakan,butang emergency dikatil rosak,tekanan angin untuk membuat suction rosak,lampu dan kipas banyak yang tidak boleh digunakan dan akal -akal dayang dan tabib yang kebanyakannya juga gagal berfungsi dengan baik .
5 . Di waktu malam,anda yang terbaring dikamar anda akan dihiburkan dengan gelak ketawa dayang-dayang dan gundik-gundik bersama dengan lagu-lagu hiburan dari corong-corong radio yang dipasang dengan kuat .
6 . Jika anda gering dengan penyakit semput,mulut anda mungkin akan di tutup dengan kain kerana pesakit semput biasanya sangat memerlukan perhatian daripada dayang dan akan selalu memanggil dayang tidak kira waktu siang atau malam . Ini tidak akan disukai oleh dayang -dayang kerana mengganggu privacy mereka . Lebih lebih lagi jika anda memanggil mereka diwaktu pukul 3-4 pagi dimana diwaktu sebegini,dayang dayang akan lena diulit mimpi diatas kerusi bersama selimut mereka . Mereka juga boleh lena tidur di stor asalkan tidak diganggu oleh orang yang gering seperti anda .
7 . Jika sekiranya kedatangan anda membawa petaka dan menambah banyakkan kerja mereka,kemungkinan besar anda akan dilayan dengan acuh tak acuh . Ini dilakukan agar anda serik untuk datang lagi kesini dan jika boleh,supaya anda cepat keluar dari istana ini dan sila tunggu ajal dirumah sahaja(itupun jika anda miskin dan tidak punya ongkos yang cukup untuk melencong ke istana swasta) . Tabib disini juga ramai yang mempunya otak yang besar(tidak digunakan).Walaupun mereka memakai persalinan istana yang indah-baju putih berantai pada leher,tetapi bila ditemuduga,kepala otak dan IQ mereka hampir sama dengan dayang-dayang dan gundik-gundik istana . Mereka mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk hanya melihat anda gering begitu sahaja tanpa melakukan apa apa . Dan mereka hanya mengharapkan keluarga anda membuat kajian(research) didalam internet dan memberitahu keputusan kepada mereka . Mereka juga mempunyai mentaliti bahawa jika anda telah gering dan terlantar diistana selama 2-3 bulan,anda hanya perlu pulang kerumah dan biarlah takdir menentukan nasib anda .
8 . Apabila telah jelas anda gering dan anda didatangi oleh dayang-dayang yang ingin memberi perkhidmatan kepada anda,anda haruslah sedar bahawa dayang-dayang ini akan bersikap acuh tak acuh sahaja kepada anda . Mereka kadang kadang akan melakukan kerja ditempat anda,contohnya seperti mencuci luka anda dan kemudian mereka akan meninggalkan kapas-kapas atau lebihan ubat-ubatan ditempat anda . Sampah juga kadang kadang ditinggalkan diatas katil anda . Anda haruslah menutup mata sahaja kepada sikap pengotor mereka dan jangan sesekali komplen,nanti anda akan dituduh tidak bersyukur kepada Kerajaan gading Bertuah . Jika anda diberikan ubat oleh para dayang-dayang,jangan sesekali anda bertanya apakah nama ubat tersebut,kerana jawapan yang akan diberikan nanti akan menyakitkan hati anda .
9 . Jika anda pesakit yang hanya terbaring dikatil dan tidak punya tenaga dan kudrat untuk bangun,bercakap dan komplen,maka anda akan dibiarkan disitu seolah olah sudah koma dan menunggu malaikat Mungkar dan Nakir datang menyoal anda . Jika anda membuang najis,dayang-dayang akan menukar lampin anda dengan gelojoh,itupun setelah anda bergelumang dengan tahik selama lebih 3 jam keatas . Jika anda makan menggunakan tiub(tube feeding-bukan membaca YouTube),maka anda haruslah berserah kepada nasib sahaja dan berserah pada kebaikan dayang-dayang untuk memberi anda makan . Dan harus diingat,tiada jadual pemakanan akan di beri kerana kehadiran anda hanya menyusahkan dayang-dayang sahaja.
10 . Anda haruslah selalu menebalkan cuping telinga kerana tabiat dayang-dayang disini ialah memperli dan mengata anda dihadapan dan dibelakang anda . Perkataan mampus atau yang sewaktu dengannya adalah zikir utama dayang-dayang dan gundik gundik disini . Mereka akan bercakap dengan menggunakan nada suara yang tinggi untuk memperli anda dan mendoakan kematian dan kegeringan anda secara express .
Inilah sebahagian daripada pengalaman-pengalaman hebat yang anda akan lalui jika anda melencong ke Istana Roboh . Jika anda ingin merasai suasana menjadi gering secara tiba-tiba,maka saya syorkan anda datang secara berkumpulan supaya anda mudah dimaki hamun oleh dayang-dayang secara berjemaah . Kalau boleh,doakan diri anda dihidapi penyakit yang agak sukar untuk sembuh seperti penyakit Untut,Stroke,Semput,Demam Kuning,Demam Biru,Jantung Berlubang,Kepala Otak Berlubang,Kencing Masin dan lain lain penyakit yang kronik . Sila gunakan ejen pelancongan swasta yang dijamin oleh Kerajaan .
Penulis tidak akan menceritakan semua pengalaman hebat ini kerana mahu anda semua melalui adegan SUSPEN yang berpanjangan . Selamat mencuba!!

4 comments:
en. amin,
saya nak bertanya:
Dayang2 tu sekolah gred bape? Kalu setakat U29 chehh takyah la kecoh2, dalam kasta kerajaan bolehland gred tu tahap kuli jek. Kalu kuli tapi sedor diri takpe ler, ni nak berlagak lak cam aweks cun. Bontot sendiri tau lak tak pakai kertas celup air..ptui!
Tabib tu saya ingat tahap sekolah azam bakti jek. baik panggil tabib sinseh lagi baik, at least tak bengap bagi jawapan tak tau. Tak tau tu jawapan pak pandir. ada ke tabib bagi jawapan tak tau, pastu emosional laks. Pastu lak katanya tak suka datang kerja kat istana roboh tu tapi kena buat tugasan atas arahan memanda ketua atasan. kalu dah tak suka datang istana roboh apahal tak membela diri, takleh bertukar pendapat dengan tok ketua ke? eh, ye la mana boleh lawan cakap ketua, ketua pandaiii sebab dia dah keje lamaaaaa..ilmu dia tinggi sebab dia ketua tabib...kekek..Apa la badigoll punya tabib.
oi amin apsal ko letak gambau tu? ngeri aku. demit.
digi dude...
Pak Abu
dayang dayang tu sekolah tinggi,2 tingkat je,tapi sebab Sultan selalu asik nak doggie dia,tu sebab dia jadi bebal . Lagipun,dia selalu lap buntut dia dengan kertas pasir jual kat kedai Soon Tat .
Saya ingat Wad 3A ni patut di keparatkan kan aje cam cadangan di keparatkan IJN tu. Tapi dengonya Sime Darby dah tak jadi dgn IJN. Tapi ye tak ye gak, wad 3A ni sapa la yg sudi nak di keparatkan sebab staffnya sume tahap ketuat..hehe.
Post a Comment