Thursday, January 8, 2009

Demam


Wajah Cik Uteh pada hari ini . Beliau pada pagi tadi agak demam sedikit tetapi dengan ketenangan berada dirumah(tidak perlu diambik darah dan dicucuk berkali kali)maka demam beliau telah kebah dan beliau sekarang hanya berehat rehat dirumah . Hari ini beliau kelihatan agak letih dan badan beliau banyak berpeluh . Beliau juga kurang bergerak pada hari ini,tidak seperti kebiasaannya dimana beliau lebih aktif bergerak . Setelah bertukar susu selama seminggu,beliau hari ini kurang membuang air besar . Kebiasaannya,dalam sehari paling kurang ialah 2 kali beliau membuang air besar . Pada petang ini juga,lengan beliau agak lembut apabila Encik Blogger melakukan senaman terhadap beliau . Kebiasaannya lengan beliau agak keras dan apabila cuba disenamankan,beliau akan kesakitan dan begitu aktif menentang kesakitan tersebut .
Bantal diletakkan pada lengan beliau supaya tangan beliau tidak membengkok terlalu lama . Walaubagaimanapun,senaman perlu dibuat sepanjang masa bagi memastikan Cik Uteh mempunyai sedikit pergerakan setiap masa dan darah tetap mengalir pada otot-otot beliau



Lihat keadaan tengkuk Cik Uteh yang telah pulih sepenuhnya . Licin dan bersinar . Jika beliau masih tinggal di Istana Roboh,sudah tentu leher beliau sudah keras kerana terlalu banyak ubat ubatan yang tidak mujarab dikenakan terhadap leher beliau .

Sewaktu di hospital,tiada jururawat yang sudi meletakkan kain Gauze ini dileher beliau sedangkan Encik Blogger pernah melihat ulat ulat terbang singgah dan hampir memasuki lubang tersebut .

3 comments:

Geng Jasin said...

arghh, pengotor betul geng2 nurse2 ni. bab letak goz pun nak kena ajar, memang la kutuk halia punya Dr. Melayu n nurses. hawauu!

Aminuddin Ab Kadir said...

Memang pengotor!kadang kadang buat keje,ditinggalnya sarung plastik atas katil atau kain gauze yang berkahak tu atas tilam,pastu datang le semut . Kadang kadang cadar dah kuning pun tak tukar . Encik Blogger pernah tengok cadar tu ada kesan tahik,cuba cadar tu sarung kat muka jurukekwat,apa dia rasa...

sala said...

Nmpk mkn sihat dah cik uteh...lama x singgah blog ni. sokongan ngko ke nurse2 n dktor2 di hsptl pekan amat mengagumkan!!! ada d pekan ke??? tel2 la blh gak g minum....