Thursday, January 15, 2009

Infection














Hari ini Cik Uteh masih lagi dalam keadaan bertenang setelah mengalami cirit birit yang agak teruk selama dua hari . Beliau telah dimasukkan drip air sebanyak 3 botol semenjak semalam . Ini kerana badan beliau kekeringan setelah mengalami cirit birit yang teruk . Sebenarnya sebelum beliau mengalami cirit birit yang agak teruk ini,beliau telah mengalami keadaan tidak dapat membuang air besar selama 4 hari berturut turut . Oleh itu kami telah memberikan beliau ubat untuk melancar dan melembutkan najis(mengikut pandangan farmasi) . Apabila selesai diberikan ubat tersebut,beliau telah mengalami cirit birit dan akhirnya mengalami kekeringan .

Semalam beliau telah didatangi oleh Dr Harison dari klinik Ummu Roihan . Apabila diperiksa,beliau tidak mengalami sebarang penyakit yang merbahaya . Tetapi,doktor mengesyaki bahawa beliau telah dijangkiti oleh kuman di paru-paru beliau menyebabkan beliau demam dan tidak berapa sihat . Simptom seperti ini telahpun dialami oleh beliau sewaktu beliau di hospital lagi dan apa yang kami perhatikan dibuat oleh pihak hospital ialah memberikan antibiotik . Jadi,Dr Harison telah mencucuk antibiotik kepada Cik Uteh dan membekalkan 3 botol drip air kepada beliau .

Setelah dimasukkan air dan antibiotik ke badan beliau,keadaan Cik Uteh agak stabil walaupun kadang kadang didadanya agak panas dan beliau kelihatan gelisah sekejap sekejap . Sepanjang masa,beliau kelihatan tidur . Hari ini beliau nampaknya lebih nyenyak tidur berbanding semalam dimana kadang kadang mata beliau asyik memandang keatas atau ke kiri dan kanan . Tetapi tubuh beliau sangat lemah dimana tangan dan kaki beliau tidak bergerak aktif seperti biasa . Tangan beliau juga lembut dan mudah digerakkan berbanding sblm ini dimana otot tangan beliau agak sukar digerakkan kerana tenaga beliau yang agak kuat dan kaki beliau bergerak sepanjang masa .

Pada hari semalam,beliau telah dilawati oleh beberapa orang saudara mara termasuk Angah(Kakak Ipar beliau)dan keluarga . Pada hari ini(Khamis-15/01/2009),serombongan cikgu-cikgu wanita dari Sekolah Rendah Ahmad Pekan telah datang menziarahi beliau . Dan telah menjadi tugas Encik Blogger menjadi "presenter" kepada pelawat pelawat tersebut .

Pada malam ini juga,Encik Blogger telah pun memulakan terapi Al Quran kepada Cik Uteh dengan memasang ayat-ayat Al Quran ditepi telinga beliau secara berterusan . Ini semua untuk memberikan satu impak kepada ingatan beliau dan berharap dengan izin Allah,beliau akan kembali mendapatkan ingatan beliau yang hilang selama ini .

0 comments: