Monday, January 12, 2009

Jururawat Masyarakat

Pada hari Jumaat(9/1/09),Jururawat masyarakat(gambar) telah datang untuk memeriksa Cik Uteh . Setelah Encik Blogger membenarkan beliau masuk dan melakukan pemeriksaan,Encik Blogger dapati Jururawat tersebut hanya melakukan pemeriksaan tekanan darah(BP) .

Jururawat tersebut mengatakan bahawa untuk menukar Ryles Tube(tiub yang digunakan untuk menyalurkan makanan melalui hidung),Cik Uteh harus dibawa ke hospital . Encik Blogger tidak berpuas hati kerana sebelum keluar dari hospital,para jururawat dan doktor mengatakan bahawa untuk menukar tiub tersebut,Cik Uteh boleh mendapatkan khidmat hospital . Tetapi apbila diajukan persoalan ini,jururawat tetap mengatakan bahawa Cik Uteh harus dibawa ke hospital dan Encik Blogger bolehlah menggunakan khidmat pengangkutan yang tersedia di rumah orang tua yang terletak di Kampung Geylang .

Encik Blogger tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut . Selang beberapa jam,Encik Blogger telah menelefon pihak hospital dan bercakap dengan Matron,mengajukan masalah ini dan akhirnya Matron mengatakan bahawa masalah tersebut akan diselesaikan dengan menghantar jururawat kerumah Cik Uteh . Dan Matron juga berjanji akan menyediakan serba sedikit barang-barang keperluan seperti gauze dan catheter .

2 comments:

Anonymous said...

miscomm or misinformation? Ni la masalah gomen bolehland. orang ni cakap boleh, org lain cakap takleh. keje tak sync, sebab tu gomen bolehland hampeh.
Vote for change! KT and PRU13!

Aminuddin Ab Kadir said...

confirm misinformation . mati mati dia cakap kena bwk pegi hospital . Takpelah,gua dah maafkan dia.