Tali yang tidak mampu disediakan oleh pihak berwajib-hanya berharga RM2.00 dan boleh digunakan selama 6 bulan
Inilah keadaan leher dan kawasan disekitar leher Cik Uteh yang telah sembuh setelah tinggal dirumah selama beberapa hari . Sewaktu di hospital,leher beliau sentiasa mengalami kesan melecet dan kadang kadang kesan ini sangat-sangat melampau sehingga bengkaknya menjalar ke kawasan bawah muka beliau(sila rujuk tajuk sebelum ini) . Walau bagaimanapun,masalah yang mudah ini telah diselesaikan oleh keluarga Encik Blogger dengan hanya menjaga kebersihan di kawasan leher beliau(iaitu kawasan yang ditebuk-Tracheostomy) . Kerja mudah seperti ini sepatutnya boleh diselesaikan oleh pihak jururawat dan doktor,tetapi yang menjadi kepelikan ialah Cik Uteh telah lama menderita kesan melecet dileher ini kerana kesan Iodin(cecair kuning) yang telah disapu setiap kali menukar gauze(gos-kapas jarang) dan pihak hospital hanya membiarkannya sahaja sehinggalah keluarga Encik Blogger terpaksa "menyuruh" menghentikan pemakaian cecair kuning tersebut . Dan sekarang leher beliau kembali bersih dan telah sembuh sepenuhnya .
Ada satu cerita malas . Tali dileher beliau yang memegang plastik biru yang disambungkan ke lubang tekak beliau itu sebelum ini pernah sehingga sebulan atau lebih tidak ditukar . Dan tali tersebut telahpun keras kerana banyak kali dikenakan cecair kuning . Setahu Encik Blogger,hospital sepatutnya mengutamakan kebersihan,tetapi hospital disini mengutamakan kemalasan . Apabila Encik Blogger bertanya kenapa tali tersebut tidak ditukar,katanya tali tersebut hanya boleh ditukar oleh pihak ENT(Ear,Nose and Throat) apabila pesakit di rujuk kepada Jabatan tersebut . Hahahaha..lawak keldai semacam ni memang Encik Blogger sakit hati mendengarnya tetapi sudah takdir dilahirkan malas lagi bengap,apa yang perlu kami buat lagi .
Setelah tinggal di rumah,Encik Blogger telah membeli tali leher tersebut di kedai kain dibandar Pekan dimana harganya cuma RM2.00 . Tali ini di gelar TALI BARUT(Untuk pengetahuan pihak hospital yer..,ada juga peribahasa Melayu bengong yang mengandaikan bahawa TALI BARUT ini adalah "barua" sesuatu puak yang bermuka muka ala munafik . Ia juga boleh dikenakan kepada pekerja pekerja yang tidur sewaktu bertugas ataupun yang suka memaki hamun pesakit) .

2 comments:
Yang aku tau tali barut ni byk gunanya. Mungkin lepas ni boleh buat tutup mulut kurang ajor Sister dan Nurse tua tak sedor diri kat Wad 3A Hospital Pekan Pahang (Tempat TPM Dato Seri Najib Tun Razak)
Sapa yg meging sgt kat hospitel pekan ni. Kepala hangguk betul. Aku ingat Dolloh gila pun malu nok lalu depan dia. Bagi kenai dgn aliak baru tau..hehe
Post a Comment