



Pada pagi ini(Isnin-12/01/09),dua orang Jururawat(Siti dan Hanim),telah datang untuk menukar Ryles Tube dan Urine Tube . Ini membuktikan bahawa setelah menelefon di saluran yang betul,banyak kerja boleh dilakukan dengan mudah . Jika tidak,sudah tentu sukar untuk mengangkat Cik Uteh(yang fragile) ini kesana kemari memandangkan keadaan beliau yang uzur .

Kerja-kerja penukaran tiub berjalan dengan lancar dan dua jururawat tersebut melakukan kerja dengan amat baik serta profesional . Memang Cik Uteh kelihatan menahan sakit yang teramat sewaktu dimasukkan Ryles Tube tersebut tetapi ianya dilakukan dengan agak pantas dan molek sekali . Ianya suatu tugas yang memang boleh dilakukan oleh jururawat dan tidak timbul soal pesakit harus dihantar ke hospital semata mata untuk kerja yang boleh disiapkan dalam masa beberapa minit sahaja .

Penukaran Urine Tube juga berjalan dengan lancar,dan ini juga begitu mudah dilakukan . Tidak sampai 5 minit tiub tersebut berjaya diganti dengan tiub baru dan tidak menimbulkan kesakitan kepada Cik Uteh . Kedua dua tiub ini,merujuk kepada jururawat,sepatutnya ditukar selepas 2-3 minggu ianya digunakan .

3 comments:
Job well done for both nurses.
Mungkin depa patut di upgrade pangkat menggantikan jurekekwat bengap di wad3A hospital Pekan. Jurukekwat bengap Wad3A boleh di downgrade jadi pecacai sapu longkang kat spital..huhu
Nasib baik tak call Sister tu, kalu tak sure dia kata ambik teksi boleh claim kemudian. Atau worse case dia kata 5 minit lagi saya datang buat mende tukar tiub tu (tapi lepas 5 bulan baru dtg)..kui..kui..
Masa kat spital dulu agaknya 2 bulan pun tak tukar tiub tu sebab jurukekwat asyik 'taici' kata kena hantar hosp. kuantan - sama kes tak reti nak tuko tali trache (sebenarnya depa nak tgk web En. Blogger..hehe). W'laupun depa tak belajo taici dari Ameng kat Taman Bunga kol 7 pagi, bab menaici ni dah memang serasi dengan barua2 gomen. Bukan benda baru beb, tak caya boleh kerat kuku jari gua.
Anggota Gomen kerja untuk RAKYAT.
Kalau RAKYAT tolong anggota gomen buat kerja, patut dapat surat Tahniah (at least ucap terima kasih).
Kalau RAKYAT kena paksa buat kerja anggota gomen+kena pikir kerja Dr. gomen, maknanya anggota gomen tu tak sedor diri sebab gaji dia tu 'tax payer money'. Bahlol punya spesis nie.
Ko dulu sekolah Ahmad ke dok? Kalau rasa nak paham mari sini aku rotan.
Ni contoh pekerja cemerlang, bukan spesis jurukekwat yg di megahkan oleh Tabib No.1 spital pekan (cum kroni Tabib - sebab senang nak kasi KPI cantik!)
Kearah KPI Cemerlang wad 3A: (belum tampal kat dinding)
Pesakit kurang (<5) = Jurukekwat cemerlang, gemilang, tandas banyak sawang (sebenarnya pesakit kena paksa balik umah)
Bed ridden = Pesakit WAJIB balik umah (best practice)
Hepatic Encelopathy = Takde Ubat+Famili Jgn byk songeh
Nursing care = Kena hantar HTAA (takde kepakaran) <---------- Ni keparat namanya!
12am-5am = Off peak (Jurukekwat boleh tido mati)
Round time = Kena lari secepat mungkin dari Dr. macam Tsunami nak datang. Nak tau perkembangan pesakit sila tanya Sister bertugas!
Bantuan Ahli Keluarga = Lebih afdal dan tawaduk. Sangat digalakkan. Kalau boleh terus datang bawak beg+khemah berkampung kat padang spital.
Komplen = Hanya pada Jurukekwat bertugas. Tabib dan keatas adalah tahap dewa Brahma-tak sama ilmu-public takleh komplen.
and the list never ending...for wad3A Hospital Pekan
Post a Comment